Monday, January 4, 2010

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA
PERKASA NEGERI SELANGOR
"PRIBUMI PERKASA NEGARA"

HIDUP PRIBUMI.HIDUP MELAYU

8 comments:

  1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mengecam serangan ke atas dua surau di Muar, Johor awal pagi hari ini. Sepertimana kes-kes serangan ke atas gereja dan kuil sebelum ini, insiden terbaru ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bertanggungjawab kerana boleh menggugat keamanan negara dan keharmonian antara kaum yang sudah puas diuji beberapa minggu

    Saya selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia agar tindakan segara harus diambil bagi menangani isu ini berterusan.Dalam pada kita semua mengutuk serangan tersebut, Wira Perkasa ( Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk tenang dan tidak terbawa-bawa dengan emosi tinggi atau menyumbang kepada spekulasi dan khabar angin.

    Sebaliknya, Saya berharap bahawa rakyat memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lantas membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan, kami merasakan juga ia adalah satu tanggungjawab utama kepada kami untuk memberikan mata dan telinga kami kepada pihak polis untuk menangkap golongan yang tidak bertanggung-jawab ini.

    Disamping itu, Wira Perkasa juga mengambil maklum sensitiviti, perasaan serta kekhuatiran seluruh rakyat Malaysia berbilang agama dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang cepat agar ketegangan yang sedang membayangi masyarakat majmuk kita dapat dileraikan. Cukuplah dengan segala pembakaran, pemusnahan dan vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat. Sudah tiba masanya kemelut ini, serta punca-puncanya, diselesaikan demi keselamatan dan keamanan negara.

    Pendirian kami tetap..dimana Perkara sebegini dapat ditangani jika semua orang-orang Melayu kembali bersatu diatas perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air..Saya merasakan atas dasar orang-orang Melayu kian berpecah belah atas landasan parti politik sehingga kita terlepas pandang dimana tanggung jawab sebenar tiap pemimpin islam khususnya melayu harus senantiasa meletakkan Kepentingan Agama Islam dan Bangsa Melayu sebagai agenda Utama mereka demi agama Islam Senantiasa Dihormati dan Disegani sebagai Agama Persekutuan...Maka saya menyeru semua orang-orang islam khususnya Melayu kembali bersatu , rapatkan kembali saf2 keretakan yang lalu, kerana sudah mulanya satu titik transformasi penyatuan umat islam khususnya Melayu..

    Yang Sayangkan Agama Islam. Bangsa Melayu dan Tanah Air
    Arman Azha Hj Abu Hanifah
    Ketua Wira Perkasa
    Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

    ReplyDelete
  2. Saja nak perkenalkan blog baru saya tentang hak melayu. Moga coretan di dalam blog ini dapat mencelikkan orang melayu tentang hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Laman sesawang ialah: bangkitperwira.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hidup melayu.. kekuatan dalam semua bidang mesti diperkukuhkan .. dipertahankan diterokai..dituntut sekiranya ada yang masih ketinggalan.. perjuangan yang berterusan demi anak cucu bangsa melayu

    ReplyDelete
  4. Salam Perkasa,
    Saya perhatikan blog ini KOSONG ARTIKEL sejak dibangunkan. Harap pembangun blog ini lakukan sesuatu atau jika terlalu sibuk sila serahkan admin nya kepada pihak yang mampu menguruskannya, kerana jika dibiar begini akan memberi gambaran tidak elok kepada Perkasa Selangor terutamanya!

    Demi Perkasa,

    ReplyDelete
  5. Selaku Wirawati Selangor."InsyaAllah, saya juga sudah tidak sabar hendak membelah laut cina selatan, terbang ke medan muhasabah kita semua…" bagi meyedarkan segala kepentingan dan hakikat sebenar perjuangan kita.

    ReplyDelete
  6. salam..sejak dilancarkan ini aje ke isi blog ni? eluk ditutup je kalau sekadar melepaskan batuk ditangga sama mcm UMNO serdang, selangor, tlg jgn buat keje sepauh jalan demi bangsa, agama dan negara..wsalam

    ReplyDelete
  7. apa blog ni? tak ada isi yg membina, tak dikemaskini. setuju dengan myman...tutup je la blog ni, bikin semak, bikin malu melayu je

    ReplyDelete